KAYANGAN THE SOUNTRACK, GABUNGAN
VOKAL MANTAP
Contributed by Giggs @ Gombak

Ning Baizura, Siti Nurhaliza, Farah AF dan Siti Sarah adalah
antara penyanyi terkenal yang mendendangkan lagu-lagu hasil ciptaan
komposer terkenal, Ajai dalam album soundtrack filem Kayangan.
Zahid AF, Shazzy, Syed Azmir, Sad Angry Babies (SAB) dan Ajai
turut menyumbangkan suara untuk album ini. Tidak cukup dengan
itu, penampilan istimewa oleh Tunku Dato' Seri Mimi Wahida Wahman
yang turut memperdengarkan vokalnya pasti memberi kepuasan maksimum
kepada para pendengar. Tunku Dato' Seri Mimi adalah merupakan
pencetus idea kearah penghasilan filem Kayangan.

Sebanyak sepuluh buah lagu dimuatkan ke dalam album soudtrack
Kayangan. Lapan darinya adalah hasil karya komposer terkenal,
Ajai. Penulisan lirik oleh Loloq, Abie Abdullah dan Musa Exist
juga bakal memberikan peminat satu penghayatan yang mendalam.
Mutu lagu-lagu ciptaan Ajai amat menyerlah dengan kerjasama Sham
Kamikaze dan Omar (SAB) dalam susunan muzik. Selain dari manggabungkan
vokal-vokal mantap penyanyi terkenal, kompilasi lagu rentak irama
balada, R&B, soul, hip-hop dan rock turut memeriahkan album
ini. Gabungan vokalis tersohor serta variasi irama lagu dalam
album ini dilihat sebagai faktor yang mampu menghiburkan pelbagai
lapisan peminat tanpa mengenal usia.
 
   
Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah:
MENANTI PASTI - Siti Nurhaliza
UNGKAPAN TERINDAH - Ning Baizura
CARA YANG BERBEZA - Siti Sarah
GEMBIRA HIDUP INI - Farah AF
KAYANGAN - Ajai & Tunku Mimi
PERLUKAH - Zahid AF Feat Shazzy
REDUPAN KAYANGAN - Ajai
SABARLAH - SAB
KUASA CINTAMU - Syed Azmir
TERAKHIR - SAB

Persefahaman dalam kerjasama di antara Wake The Baby Records,
Raden Pictures dan Maestro Records akhirnya berjaya menghasilkan
satu produk yang amat mengkagumkan. Sentuhan kreatif Ajai yang
juga penerbit album ini pastinya akan membuatkan para peminat
tidak sabar untuk menyaksikan filem Kayangan yang akan ke Pawagam
pada 9 Ogos 2007.
From: http://artisglamer.fotopages.com/?entry=1212988 |