Logo Berita Harian
Rabu, 22 Ogos 2007 Laman Utama Redaksi Siapa Kami? Hubungi Kami Arkib Seminggu Lain-lain Media
 
 

Nasional Dunia Ekonomi Sukan Citra Hip Agama Komputer Dimensi Rencana Surat Diagnosis Skuad Pendidikan Sastera Destinasi Hias Laman Dekor Edisi Utara Edisi Timur Edisi Sentral Edisi Johor Edisi Sabah&Sarawak Bintang Popular Ikon EpG Gawang Joran Web Sekolah RSS Feed

waktu solat
Waktu solat bagi kawasan Kuala Lumpur...
SUBUH 5:52
ZUHUR 13:18
ASAR 16:32
MAGHRIB 19:23
ISYAK 20:33
Waktu solat kawasan lain...
Promosi
bullet Berita Harian dan Harian Metro - Versi PDA
bullet Berita Harian - Versi Digital
bullet NSTP Classifieds - tempah iklan di akhbar
bullet Arkib Berita semenjak 1991
Maklumat Penuh...

KLIK KHAS
bullet Bajet2006
bullet Galeri Video
bullet Galeri Seminggu
bullet Perhimpunan Agung UMNO
bullet Senarai Kabinet 2006
bullet Terima Kasih Dr Mahathir
www.nstp.com.my
www.emedia.com.my
www.hmetro.com.my
www.nst.com.my
www.mmail.com.my
Klik DBP
Berita Sawit



@Sinepleks: Jackie Chan tetap dapat tumpuan di Hollywood


Tayangan pembukaan Rush Hour kutip RM176 juta, ungguli senarai pecah panggung, atasi Flash Point

BUAT kali ketiga, pelakon aksi terhandal Asia, Jackie Chan dan pelawak terkenal Amerika Syarikat (AS), Chris Tucker, kembali bergabung tenaga dalam filem aksi komedi Rush Hour 3. Kombinasi ini pernah memecahkan panggung seluruh dunia pada 1998 dan 2001, menerusi dua edisi Rush Hour terdahulu.

Dengan kritikan yang pelbagai serta ulasan berbelah-bagi daripada kalangan pengkritik dan peminat, filem ini tetap meraih kejayaan apabila muncul juara carta bukan hanya di AS dan Kanada, bahkan penggemar filem di negara ini turut memilih judul arahan Brett Ratner ini sebagai tontonan utama.

Walaupun di AS kutipannya tidak mencecah angka tayangan pembukaan yang diramalkan iaitu kira-kira RM210 juta, namun pungutan RM176 juta itu sudah cukup untuk Jackie dan Chris menghuni tangga teratas carta pecah panggung benua berkenaan.

Kombinasi Asia-Amerika ini dilihat masih berkuasa di arena sinema antarabangsa. Keserasian lelaki bermata sepet dari Hong Kong dengan pelakon kulit hitam Amerika bermulut bertih itu masih terserlah, mengikut kata peminat mereka.

Pada waktu yang sama, ramai yang beranggapan, Rush Hour seharusnya tamat pada edisi ketiga saja. Tidak perlu disambung ke episod keempat mahu pun kelima kerana mereka mahukan persembahan yang berlainan pula.

Walau apa pun tanggapan, yang nyata, pelakon aksi nombor satu Asia itu sekali lagi membuktikan, dia masih beraja di arena perfileman Hollywood. Warna kulit tidak menjadi halangan untuknya mencipta kejayaan demi kejayaan di negara orang. Setelah menguasai benua Asia, kini jejak Jackie Chan sudah jelas kelihatan di AS pula.

Bakat lawak dan seni pertahanan diri yang ada pada dirinya menjadi senjata utama untuk lelaki berusia 53 tahun ini menawan pusat perfileman dunia itu. Dia juga bagai sudah menjamin pulangan lumayan untuk penerbit filem lakonannya.

Rush Hour 2 misalannya memungut sejumlah RM1.2 bilion di seluruh dunia, manakala Rush Hour pula mencatat kutipan RM855 juta. Shanghai Noon yang ditayangkan pada 2000 memungut kira-kira RM347 juta, sementara Shanghai Knights (2003) pula membawa pulang kira-kira RM309 juta.

Filem lakonannya bersama Jennifer Love Hewitt pada 2002, The Tuxedo turut menerima sambutan baik apabila memungut RM365 juta hasil tayangan seluruh dunia.

Begitupun, bukan bermakna setiap filem Hollywood lakonan bintang lasak ini menjamin pulangan besar kerana filem yang dibintanginya pada tahun 2004, Around the World in 80 Days, merugikan penerbit. Filem itu sekadar mencatat kutipan RM252 juta di seluruh dunia, berbanding bajet penerbitan berjumlah RM385 juta.

Berbalik kepada carta pecah panggung tempatan, kejayaan Rush Hour 3 menduduki takhta juara dengan sendiri menguis ke bawah filem aksi dari Hong Kong, Flash Point, ke tangga kedua. Manakala filem terbesar sambutannya di Malaysia sehingga hari ini, Transformers, berada pada kedudukan ketiga pada minggu ketujuh tayangan.

Judul lain yang turut melekat dalam kedudukan 10 teratas ialah The Simpsons Movie (keempat), Disturbia (kelima), Kayangan (keenam), Aarya (ketujuh), Harry Potter and the Order of the Phoenix (kelapan), Rise: Blood Hunter (kesembilan) dan Nightmare Detective (ke-10).

Carta pecah panggung:
1 - Rush Hour 3
2 - Flash Point
3 - Transformers
4 - The Simpsons Movie
5 - Disturbia
6 - Kayangan
7 - Aarya
8 - Harry Potter and the Order Of The Phoenix
9 - Rise: Blood Hunter
10 - Nightmare Detective



Rakan BH


Hantar pada kawan!
Format Pencetak
Artikel di Hiburan :
Adblock





IKLANMAYA


Nasional Dunia Ekonomi Sukan Citra Hip Agama Komputer Dimensi Rencana Surat Diagnosis Skuad Pendidikan Sastera Destinasi Hias Laman Dekor Edisi Utara Edisi Timur Edisi Sentral Edisi Johor Edisi Sabah&Sarawak Bintang Popular Ikon EpG Gawang Joran Web Sekolah RSS Feed


Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.