15 Ogos 2007
2 Syaaban 1428
Utusan Express
Utusan Malaysia
 

Search Archives
Feedback
Corporate Info

 

 hiburan

Tunku Mimi kena uji bakat

Bercerita tentang penglibatan Tunku Mimi Wahida sebagai penyanyi dalam album Kayangan The Soundtrack, kata Ajai, “Tunku Mimi walaupun pertama kali menjalani rakaman album tapi saya tidak ada masalah dengannya biarpun dari segi pitching. Cuma Tunku Mimi kurang penghayatan.

“Saya bukan sembarangan ambil Tunku Mimi menjalani rakaman. Saya buat uji bakat dulu dan suaranya sesuai dengan saya dan sebab itu kami berduet dalam lagu Kayangan,” cerita Ajai yang mula mencipta lagu untuk filem tersebut sejak Oktober lalu.

Bagi Tunku Mimi, inilah pengalaman pertama dia menjalani rakaman di studio. Jelasnya, memang susah kerana dia bukan seorang penyanyi.

“Perasaan gementar memang ada. Apatah lagi bila dengar suara sendiri. Mula-mula Ajai kata mesti ada feel, saya tidak dapat tangkap. Lama-kelamaan barulah saya dapat menyanyi dengan penuh perasaan,” cerita Tunku Mimi tentang pengalamannya di dalam studio rakaman.

Album yang mengambil masa pembikinan selama dua bulan itu sudah pun berada di pasaran sejak awal Julai.

Tambah Ajai, setiap lagu yang terdapat dalam album tersebut mempunyai klip video yang dibuat dalam bentuk MTV karaoke dan hanya akan dijual selepas tiga bulan album berada di pasaran.

Antara lagu yang terdapat dalam album runut bunyi filem tersebut ialah Cara Yang Berbeza (Siti Sarah), Gembira Hidup Ini (Farah), Menanti Pasti (Siti Nurhaliza), Perlukah (Zahid dan Shazzy), Redupan Kayangan (Ajai), Terakhir (S.A.B), Ungkapan Terindah (Ning Baizura) dan Kuasa Cintamu (Syed Azmir).

 

Menarik:



Iklan:

Khas:

© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my

| Terms of Use |