Logo Berita Harian
Rabu, 22 Ogos 2007 Laman Utama Redaksi Siapa Kami? Hubungi Kami Arkib Seminggu Lain-lain Media
 
 

Nasional Dunia Ekonomi Sukan Citra Hip Agama Komputer Dimensi Rencana Surat Diagnosis Skuad Pendidikan Sastera Destinasi Hias Laman Dekor Edisi Utara Edisi Timur Edisi Sentral Edisi Johor Edisi Sabah&Sarawak Bintang Popular Ikon EpG Gawang Joran Web Sekolah RSS Feed

waktu solat
Waktu solat bagi kawasan Kuala Lumpur...
SUBUH 5:52
ZUHUR 13:18
ASAR 16:32
MAGHRIB 19:23
ISYAK 20:33
Waktu solat kawasan lain...
Promosi
bullet Berita Harian dan Harian Metro - Versi PDA
bullet Berita Harian - Versi Digital
bullet NSTP Classifieds - tempah iklan di akhbar
bullet Arkib Berita semenjak 1991
 
Maklumat Penuh...

KLIK KHAS
bullet Bajet2006
bullet Galeri Video
bullet Galeri Seminggu
bullet Perhimpunan Agung UMNO
bullet Senarai Kabinet 2006
bullet Terima Kasih Dr Mahathir
www.nstp.com.my
www.emedia.com.my
www.hmetro.com.my
www.nst.com.my
www.mmail.com.my
Klik DBP
Berita Sawit



'Kami kerap berjumpa demi Kayangan'


Teuku Zacky Azwar akui sempat keluar bersiar-siar dengan Nur Fazura

TIADA hubungan istimewa, malah mereka sekadar kawan biasa. Itulah mesej yang ingin disampaikan Teuku Zacky Azwar, hero filem Kayangan yang sedang berputar di pawagam, apabila ada desas-desus di kalangan orang dalam industri hiburan dan peminat bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

"Sepanjang penggambaran filem ini dijalankan tidak lama dulu, saya sebenarnya rapat dengan semua pelakon. Semua aktres yang terbabit seperti Julia Ziegler, Dynaz dan Eja ialah rakan sekerja saya,” kata Teuku Zacky ketika ditemui di promosi jelajah filem terbitan Raden Pictures itu di Mydin Mall, USJ, Subang Jaya, baru-baru ini.

"Cuma, oleh kerana saya dan Fazura ialah pelakon utama dan banyak sekali babak yang menemukan kami berdua, maka saya dan dia lebih kerap berjumpa jika dibandingkan dengan pelakon lain," katanya sambil memberitahu Fazura sempat membawa saya bersiar ke beberapa tempat menarik di negara ini.

Baginya, perhubungan yang wujud antara dirinya dan pelakon itu hanyalah kawan biasa.

"Saya tidak tahu apa pula tanggapannya pada hubungan kami ini. Seelok-eloknya, anda tanya saja pada Fazura sendiri," katanya sambil menguntum senyum.

Mengenai wataknya sebagai Tengku Amir tidak dinafikan bahawa dia memenuhi ciri-ciri yang perlu ada sebagai seorang putera raja - tampan, bergaya, bijak menyusun kata dan punya karisma. Begitupun, kerana dialek percakapannya berbeza dengan putera raja yang digambarkan berasal dari Malaysia, maka seorang pelakon lelaki tempatan mengambil alih tempatnya apabila proses memasukkan suara filem itu dilakukan.

Apabila filem itu mula berputar di pawagam pada 9 Ogos lalu, terdengar cakap-cakap mengatakan pengucapan dialog oleh pelakon yang meminjamkan suara itu kurang berkesan.

Namun, Teuku Zacky enggan mengulas lanjut apabila ditanya apakah dia berpuas hati dengan pengucapan dialog pelakon yang meminjamkan suaranya untuk watak Tengku Amir lakonannya itu.

"Maaf, saya rasa, saya tidak boleh memberikan ulasan berhubung perkara itu. Susah untuk saya bercakap mengenainya," ujar jejaka yang turut bergelar pelakon iklan ini.

Meskipun begitu, katanya, sebagai pelakon, dia sudah pun memberikan persembahan terbaik untuk menjayakan watak berkenaan. Lalu, apa saja yang dilihat peminat kemudiannya, terserahlah kepada mereka untuk mengulas.

"Saya hanyalah pelakon yang bekerja dengan produksi yang ingin menggunakan khidmat saya. Seterusnya, produser mempunyai hak untuk menentukan apa-apa keputusan berhubung watak yang saya jayakan. Sebagai pelakon, saya sudah mencuba yang sebaiknya. Menukarkan suara sesuatu watak atau tidak, tentunya keputusan itu berada di tangan mereka," ujar Zacky yang seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada memanjangkan topik terbabit.

Mengenai watak Tengku Amir sendiri, pelakon ini mengaku, watak itu tidak mewakili dirinya di luar filem. Dan, jika ditanya padanya, gambarannya terhadap watak putera raja itu sendiri berbeza dengan apa yang dipaparkan menerusi filem ini.

"Maklum saja, kita mempunyai latar budaya yang agak berbeza. Jadi, sudah tentulah pemahaman dan pemikiran saya terhadap watak ini berlainan dengan kehendak pihak produksi. Kerabat diraja di Malaysia berbeza sifat dan gaya hidupnya dengan kerabat di Indonesia," tutur anak muda yang mengaku sudah mempunyai tawaran berlakon dalam sebuah lagi penerbitan tahun depan.

Sebelum itu, pada sesi promosi berkenaan, dia dan barisan pelakon filem sulung Raden Pictures itu serta penyanyi yang menjayakan album runut bunyi meluangkan masa selama dua jam menghiburkan peminat dengan acara temu bual, permainan, nyanyian dan aktiviti wajib, menurunkan tanda tangan pada poster filem untuk diagihkan kepada orang ramai.

Produser filem, Tunku Datuk Seri Mimi Wahida Wahman dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin turut memberikan sokongan kepada siri promosi terbabit.

Selain Zacky dan Fazura, terbabit sama menjayakan promosi di gedung beli-belah itu ialah Julia Ziegler, Mastura, Razali Hussin, Eric, Zahid, Farah, Syed Azmeer dan Ajai.

Info:

  • TEUKU ZACKY dilahirkan di Bandung, Indonesia, pada 23 Januari 1983. Tetapi kini dia menjadikan Jakarta sebagai pangkalannya berikutan kebanyakan aktiviti seni bertumpu di kota raya terbabit.

  • JEJAKA ini ialah anak kedua daripada empat adik-beradik. Bapanya ialah orang Acheh, manakala ibunya pula kacukan Bandung dan Belanda.

  • SEBELUM membintangi Kayangan, pelakon yang mempunyai ketinggian 187 sentimeter ini pernah terbabit sebagai pelakon pembantu dalam filem terbitan Grand Brilliance, Gong, bersama Jehan Miskin, Fasha Sandha, Elyana, Faizal Yusuf dan Sharifah Sofea.

  • DIA juga dikenali menerusi beberapa sinetron lakonannya Gengsi Gede-Gedean dan Cowok-Cowok Keren.



    Rakan BH


    Hantar pada kawan!
    Format Pencetak
    Artikel di Hiburan :
    Adblock





    IKLANMAYA


    Nasional Dunia Ekonomi Sukan Citra Hip Agama Komputer Dimensi Rencana Surat Diagnosis Skuad Pendidikan Sastera Destinasi Hias Laman Dekor Edisi Utara Edisi Timur Edisi Sentral Edisi Johor Edisi Sabah&Sarawak Bintang Popular Ikon EpG Gawang Joran Web Sekolah RSS Feed


    Copyright 2007 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.