» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
myMetro » Rap

Wajah 2 budaya

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
PEMBABITANNYA dalam bidang lakonan masih baru, tetapi nama Julia Bob Fauzi Zeigler, 23, atau Julia cepat meniti di bibir penerbit filem mahupun drama tempatan.

Pan-Asian bukan pasport glamor

Tidak hairanlah, dalam masa dua tahun saja Julia mampu mengukuhkan nama sebagai pelakon dengan membintangi dua filem dan hampir 10 drama bersiri mahupun telemovie.

Julia beruntung kerana memiliki wajah pan-Asian dan ia dianggap satu kelebihan. Ayah Julia, Bob Fauzi Zeigler, berasal dari Jerman sementara ibunya, Saminah Subari, keturunan Jawa.

Ketika sesi fotografi bersama RAP, Julia tidak menafikan kelebihan wajah kacukannya itu, tetapi menegaskan ia harus disertai bakat.

“Mungkin orang berpendapat kebanyakan mereka berdarah kacukan mempunyai kelebihan, tetapi sekiranya ia disalah guna pasti memberikan implikasi buruk kepada diri sendiri.

“Saya akui wajah kacukan menjadi pasport untuk menempatkan diri dalam bidang seni. Namun, saya harus berusaha gigih mengukuhkan kedudukan,” katanya.

Mengenai kehidupannya sebagai wanita pan-Asian, pelakon drama bersiri Susuk ini berkata, ia tidak semudah seperti dibayangkan banyak pihak.

“Saya tahu dalam masyarakat kita wujud stigma, berwajah pan-Asian memberikan laluan mudah orang seperti saya memperoleh apa yang dihajati terutama dalam dunia seni.

“Sebenarnya orang tidak tahu dugaan yang terpaksa dilalui mereka berwajah pan-Asian lebih besar.

“Saya seperti wanita lain cuba menjalani hidup seperti biasa, namun dalam waktu sama terpaksa berhadapan dengan realiti harus menyesuaikan diri dalam dua budaya.

“Ada rakan saya tidak dapat menerima situasi ini. Mereka berasakan agak susah memilih jalan sama ada mahu membesar dalam budaya Timur atau Barat.

“Akhirnya, ada antara mereka memilih meneruskan kehidupan dengan cara sendiri, akibatnya mereka tidak dapat mengawal diri lalu hilang arah.

“Bukan mahu memburukkan sesiapa, tetapi inilah kebenaran yang harus dilalui kebanyakan anak berdarah kacukan. Malah, ramai rakan saya mengalami ketagihan arak dan mengambil dadah hanya kerana keliru kerana terpaksa membesar dalam dua budaya berbeza,” katanya.

Namun, Julia menegaskan dia beruntung kerana ibunya seorang guru besar dan mengajar pendidikan agama, membimbingnya dengan baik dan sempurna.

“Ibu saya seorang yang tegas, terutama membabitkan soal agama, sementara ayah pula agak terbuka dengan anak-anak. Namun, sekiranya anak-anak menghadapi masalah, ibu dan ayah bersama-sama membimbing dan memastikan kami dalam keadaan baik.

“Apabila ibu dan ayah memberikan didikan agama sejak kecil di samping kasih sayang secukupnya ia menjadi asas hidup paling sempurna.

“Pada saya, sekiranya dua perkara asas ini ada dalam diri, sejauh manapun seseorang itu pergi pasti mereka kembali kepada pegangannya,” katanya.

Bercerita mengenai kerjaya lakonan, Julia berkata, segalanya bermula sewaktu dia berjinak-jinak dalam bidang peragaan dan iklan komersial televisyen.

“Saya tidak pernah terfikir mahu menjadi pelakon, tetapi memang meminati bidang seni. Kerana sukakan seni saya mengambil keputusan melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina selama dua tahun di Amerika Syarikat.

“Pulang ke Malaysia, saya menyambung pengajian dalam bidang hiasan dalaman di kolej Lim Kok Wing, di samping mencuba bidang peragaan bagi menampung yuran pengajian.

“Sehingga tahun lalu saya ditawarkan membintangi teater M The Opera. Selepas melakukannya saya seronok. Dalam bidang seni lukis biasanya susah orang mahu memuji hasil karya kita, tetapi tidak lakonan.

“Apabila membintangi teater buat pertama kali, saya rasa seakan satu kepuasan apabila ada orang mengucapkan tahniah di samping memberi perangsang. Ia membuatkan hati saya begitu kuat mahu meneruskan kerjaya dalam bidang ini,” katanya.

Walaupun masih baru, kata Julia, impiannya dalam bidang lakonan agak besar. Dia mahu menyerlahkan bakat sebaik Azean Irdawaty dan mendalami bidang itu sehingga mampu menjadi pengarah filem mahupun drama wanita disegani.





Profile



Nama Penuh: Julia binti Bob Fauzi Ziegler

Panggilan: Julia

Tempat Lahir: Ampang, Kuala Lumpur

Tarikh Lahir: 21 Mei 1984

Tinggi: 5 kaki 8

Berat: 51 Kg

Kerjaya: Model dan pelakon

Hobi: Membeli-belah, membaca, melukis dan berenang

Makanan Kegemaran: Tomyam, sambal belacan, ulam dan teh O ais limau.

Iklan Televisyen: Olay, Pantene, Nesvita, Sendayu Tinggi dan Ayam Brand.

Teater: M The Opera

Filem: Kayangan dan Cuci

Drama: Noraishah, Aku Untuk Mu, Susuk dan Bisikan Hati.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :
Juliana matang atasi usia
Pengalaman baru Amy Mastura
Ummi bermandi lumpur
Soseh-soseh: Roslan nyaris kena rompak
Soseh-soseh: Peminat harap Hans tabah hadapi dugaan
Hairan LPF lulus tayangan
Artis hiburkan graduan UiTM

Hotels


VARIASI

it@Metro

Vroom

vroom
lagi

Bestari

bestari
lagi

Santai

santai
lagi

Ad-din

Addin
lagi

Dekotaman

deko
lagi

Ekspresi

Ekspresi
lagi

 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad