Sebelum ini pun, saya mencuit AIM 2008 sebab saya sayang
satu-satunya majlis yang saya anggap paling berprestij untuk
industri muzik tanah air.
Bimbang juga menyelit, bimbang
hilangnya taraf prestij yang dibina selama ini hanya kerana yang
boleh dipertikaikan. Paling merisaukan kalau hilangnya kepercayaan
pemerhati seni terhadapnya dan harapnya ia tidak berlaku.
Malam ini, AIM kembali bersiaran secara langsung dari Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Ramai sudah mula meneka, siapa
yang layak atau karya mana yang perlu diangkat sebagai pilihan
utama.
Apapun perkiraan dan penilaian yang dibuat
berdasarkan cita rasa latar belakang kita. Terlalu subjektif kalau
untuk mengira produk seni.
Sebanyak 21 trofi disediakan
termasuk Anugerah Kembara dan Anugerah Sri Wirama untuk malam ini.
Tidak banyak beza dengan tahun sebelumnya, tetapi bukan jumlah yang
cuba dibangkitkan di sini, sebaliknya kesan daripada pe nganjuran
itu.
Pada masa sama, saya tidak melihat AIM sebagai satu
pertandingan, tetapi lebih kepada pengiktirafan untuk kar yawan
muzik tanah air.
Sejak 1994 penganjurannya, kita dapat
melihat evolusi dalam penghasilan album yang semakin
baik.
Mungkin sesetengah kita melihatnya sebagai perlumbaan,
tetapi persaingan itu cukup sihat kerana masing-masing berlumba
untuk memberi yang terbaik. Kesannya bukan kepada pengkarya itu saja
malah industri keseluruhannya.
Bagaimanapun, dalam evolusi
ini, usah diambil kira dengan peranan lanun cetak rompak. Itu kerja
haram mereka yang tidak berkesudahan. Mereka pun hanya merompak yang
terbaik.
Saya setuju dengan kata-kata Pengurus Besar
Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thom
pson yang menyifatkan AIM berbeza dengan acara anugerah lain yang
diadakan di Malaysia.
Bukan berdasarkan populariti kosong
sebaliknya mencari terbaik daripada kalangan
terbaik.
Pengiktirafan diberikan kepada mereka yang begitu
serius dan komited dalam menghasilkan album yang berkualiti. Jadi
inilah kesan daripada AIM, seperti yang saya katakan tadi, semuanya
berlumba untuk menghasil yang lebih baik. Ber beza dengan industri
filem yang berlumba untuk melariskan tiket panggung walaupun
kualitinya banyak yang hampas.
Dalam berbicara mengenai AIM
ini, beberapa kategori utama seperti Lagu Terbaik, Album Terbaik dan
Vokal (lelaki dan wanita) Terbaik.
Paling ketara, ramai yang
ingin melihat kekebalan Datuk Siti Nurhaliza untuk kategori
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album sama ada kembali ke
tangannya.
Tahun lalu kategori ini berpihak kepada Jaclyn
Victor (melalui album Inilah...Jac) yang memecah monopoli Siti
selama lapan tahun berturut-turut sejak 1999 (Adiwarna) sehingga
2006 (Siti Nurhaliza Live in Royal Albert Hall,
London).
Malam ini Siti berdepan dengan Atilia (Sangkar),
Dayang Nurfaizah (Dayang 2007), Elyana (Jadi Diriku) dan Karen Kong
(Mulakan). Pilihan? Terlalu klise kalau saya katakan yang
masing-masing ada kekuatan tersendiri, tetapi saya tetap pilih Siti
atau setidak-tidaknya Dayang. Bagaimanapun selera kita lain-lain
kan?
Begitu juga dengan Lagu Terbaik yang menampilkan Ajai
dengan lagu Menanti Pasti, Audi Mok (Mahakarya Cinta), Azlan Abu
Hassan (Sekian Lama dan Izinkan Ku Pergi) dan Estranged (Itu Kamu).
Itu Kamu sebelum ini sudah diiktiraf oleh juri Anugerah
Juara Lagu 2007 sebagai Lagu Terbaik. Bagaimanapun, tiket terbaik di
anugerah itu belum meyakinkan untuk menang sekali lagi di AIM. Bagi
saya, karya ini juga mempunyai potensi.
Mahakarya Cinta
sebenarnya memberi saingan sengit untuk senarai kategori ini. Jangan
perkecilkan Izinkan Ku Pergi dengan identiti Azlan begitu kuat untuk
lagu ini.
Bagaimanapun saya suka kelainan Menanti Pasti yang
menampilkan irama waltz untuk lagu Melayu. Melodi men dayu bertambah
unik dengan waltz. Bagaimanapun saya tidak boleh mengangkat
tinggi-tinggi Menanti Pasti kerana saya turut terbabit secara
langsung sebagai penulis liriknya. Tidak adilkan? Cuma kita nantilah
dengan pasti malam ini.
Album Terbaik sukar untuk dijelaskan
di sini kerana ia membabitkan lebih 10 album. Cuma boleh saya
katakan, ia akan berpihak kepada genre rock. Paling ketara, Faizal
Tahir mampu mendominasikan AIM ke-15 ini.